Minggu, 19 Desember 2010

2 petua untuk lebih ‘kuat’

2 perkara untuk menjadikan anda semua  lebih kuat, lebih gagah dan lebih yakin lagi dalam  mendepani hari-hari anda.

1. Tinggalkan dosa-dosa kecil.
Dik, bang, kakak-kakak dan anda semua, kita dalam hidup ni tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, kesalahan mahupun apa juga yang terlanjur. Itu hakikat, dik. Tidak kira daripada kata-kata mahupun tindakan. Betul?
Jadi, jauhkan, tinggalkanlah semahunya dosa-dosa kecil ini. Kalau ulamak-ulamak  dulu, walaupun  sedikit yang bersifat mazmumah terdetik di hati, mereka sudah tersangat risau akan kurangnya iman mereka, kenapa kita tidak turut merasakan sedemikian rupa.
2. Memaafkan semua orang.
“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim)
Kalau anda hendak jadi benar-benar manusia yang hebat, cemerlang dan disayangi semua orang, maka sentiasalah menjadi seorang pemaaf. Sebelum tidur, maafkanlah orang di sekeliling anda.
Maafkan adik-adik kita yang selalu sangat mengusik, mengacau atau menggangu-ganggu kita.  Sebelum masuk ke bilik untuk melelapkan mata, kalau boleh, jumpa dulu kedua-dua orang tua kita. Minta maaf pada mereka. Kita maafkan semua orang di sekeliling kita, kita beri kemudahan pada mereka dan insyaAllah, Allah akan mudahkan segala urusan kita.  Percayalah!

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar